Isnin, 7 Disember 2009
no more blog??? sure ke???
fy2i, aku skang ni dah selamat ditukarkan unit, dari dokumentasi ke lawatan..masa kat dokumentasi dulu aku ni mula n gan zero, n keluar ngan 2.5 jekk..haa nape sikit sgt yg ko dapat kat sana, mana taknya, baru 6 bulan dah kena tukar, x dpt nak belajar apa2 pun..kat lawatan ni dah sebulan dah..so far biasa2 je..(aku pun x mengharapkan sesuatu yg luar biasa pun...)
aaa ritu kan aku ada jawab kuiz kat blog k.pnut, n adiahnya adalah 25 bijik cupcake...actually aku dah dapat pun adiahnya, masa k.pnut anto tu dah mlm, dia pun bz nak deliver tmpt lain, so aku pun x la berckp ngan dia, sekadar terima kasih kak n dia pun gerak..sebelum tuh dia tanya nak design pe, aku request la katun n tulis hepi besday sya (kebetulan dekat ngan besday aku) kiranya mcm nak celebrate besday aku la kunun2...mmg chantek sgt cupcakenyer sampai sayang nak mkn...pastu bila dah mkn x ingat langsung ke designnya dah..haha..nnt pic cuppynyer aku upload later k...
ckp pasal besday aku, thn ni aku dpt 3 bijik cake (termasuk cuppies)..1 dari hubbybaby aku, mr.rajuwan...kunun2 wat seprise anto kat opis..i loikkkee...1 lagi dari kekwn kat JPM..walaupun sambutan "majlis harijadi tertunggak" katanya..(kes duit dah abis, gaji plak lambat...sedey tsk..tsk..) tp xpe, yg penting korg IKHLASS kan..haha...pic pun akan diupload later..(cheh macamla korang nak tgk sgt..lol...)
memandangkan sumer pic nak diupload later, so aku rasa later je la aku sambung update entry aku ni...eh boleh ke mcm ni?? apa tak boleh plak..blog wa, wa punya suka la...haha..(sukati ko la gila)
so, till then la, daa...
Rabu, 25 November 2009
Jumaat, 23 Oktober 2009
1 Malaysia...
eh ok la, lupa plak ni entry bergambar, so x leh citer byk2, kena tgk gambar je..
Rabu, 21 Oktober 2009
jodoh dan perkahwinan..sesuatu yg kita harus syukuri..

p/s: pengapit wan da kawen, pengapit aku bila lagi nih..hehe..
Selasa, 20 Oktober 2009
sedikit renungan untuk kita-berbaktilah kepada ibu bapa k..
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Wallahualam
*sebagai peringatan kepada aku dan sumer
*sumber artikel dari isuhangat.blogspot
Isnin, 19 Oktober 2009
pe yg ada dlm handbag anda skang..
- purse (semestinyala kan..tapi x leh tutup, sbb duit syiling over penuh)
- beg mekap (wat sendirik tau beg ni, jahit kat umah mek lin, tapi mek lin yg jahit byk..hehe)
- henpon
- kunci umah + kunci keter
- borang masuk n kuar wit tabung haji
- borg pos laju (byk helai plak tuh, semak betul)
- bil astro yg dah bayar
- buku nota kecik (merangkap buku 555)
- duit raya (kot2 terserempak anak kekawan, senang terus bg wit raya)
- pen biru n pen merah
- minyak cak kapak
- perfume
- surat beranak aku (semlm nak potostat)
- skru??
- bateri AA?? (mana dtg la sumer benda ni)
- resit2 lama
- kertas pedap minyak kat muka
- kerongsang (spare kot2 tercabut tudung tgh jln)
- hansaplast satu kotak
- pen drive (ada 3 termasuk wan punya)
- name card aku utk SIY (wat sendirik je)
tu dia, punya la byk barang, padanla bersepah2, naik senget bahu aku ni...mesti nak kena kemas skang jugak, try nak reduce smpai tgl 10 barang, tapi bleh ke ek??
Selasa, 13 Oktober 2009
hari raya yang dah basi n PTK..
kalau korg bleh tgk pic ni maknanya tenet aku sgt baik moodnya hari ni..
pic aku sefamily..
upload lagik..
ni pic aku n adam..
ni plak pic aku n aryan..
okeh, satu malaysia...eh tak satu family..mak aku n mak mak aku pun ada dlm pic ni..
okeh cukup2..
ri ni aku nak citer pasal periksa PTK yang aku amik semalam..emm aku rasa soalannya sangatla senang cuma jawapannya yang susah..hehe..sbnrnya utk org yg membuat persediaan yg rapi dari segi fizikal dan mental T_T aku rasa mesti bleh jawab PTK tu sambil menutup mata (kalau tutup mata mcm mana nak lorekkan jawapan, okeh aku tipu) maksud aku sambil lalu je, baca soklan n terus jawab tanpa perlu berkompromi mcm aku semlm (cth: err yg ni A ke D ek jawapan dia, rasanya masa tgk buku mcm D yg betul tapi mgkn gak jawapan dia A..konpius sama ada A atau D yng betul walaupun jwpn sebenar adalah C okay) sbb soklan semlm tu aku rasa agak direct n senang berbanding soklan yg aku try review (konon2 dptla absorb dalam masa 30 minit sebelum peksa, tu pun pinjam buku makizz)
pepun, aku still mengharap yang aku lulus PTK tuh, dapat 3 pun okla, nak kata dpt 4 aku mmg x yakin sbb aku jawab ntah apa2, melainkan pemeriksa tuh baru dapat durian runtuh sbb masuk bisnes MLM, ataupun dia baru dapat anak kembar 5 ataupun dia baru kawin baru ataupun ataupun apa2 jela yg membolehkan peratus nak dapat 4 tu turun, n dia baik hati nak kongsi kegembiraan ngan aku so memasukkan nama aku dlam senarai yg dapat result 4 tuh..kalau ni terjadi, maka aku akan dptla anjakan gaji which akan memberi aku duit lebih sikit..hooray...tapi (sedih balik) mmg x mungkin la kan..huhu..xpela, nnt kalau x okay, aku bersedia nak isi borang utk apply balik peksa PTK tuh (oh, ingatkan bersedia utk study, hoho, sila la berubah puan seri)..
nway, pas peksa semlm mmg best la sbb dapat jumpa makizz yang dah lama x jumpa n bleh p mines tanpa rasa bersalah walaupun pergi dalam waktu keje..sambil layan papadom, emm nyum nyum sedap sgt...
tapi malam tadi aryan ngamuk, nangis2 dari kul 2 lebih smpi 4 pagi..ngantuk sgt ni aku rasa..
tu je la citer aku..bye..