Rabu, 21 Oktober 2009

jodoh dan perkahwinan..sesuatu yg kita harus syukuri..


semalam, aku ym ngan member lama aku masa kat uitm dulu, nama dia zashim (bukan nama sebenar) byk yg kitorg borakkan sampaila tetiba dia ckp ngan aku, ko pecaya tak seri kalau aku kata aku ni ada rasa nak kawen?? emm sejujurnya aku mmg terkejut, sbb sepanjang aku kenal dia, x pernah dia ckp mcm ni..lgpun zashim ni ala2 cam ganas perwatakannya, bukan ganasla, mgkn mcm tomboy, bukan tomboyla, aduh ssh gak ek nak describe dia ni, tp orgnya bukanla suka pkai dress atau baju ala2 gigirl (walaupun aku tau hati dia ni sbnrnya jauh lebih lembut dari aku)..so dia pun citerla yg dia dah ada rasa teringin nak berkeluarga, nak peknen, mcm org2 lain ni..yela be4 this kalau citer pasal ni je, mesti dia ala acuh x acuh je..aku ckp bagusla, mgkn ko dah sampai seru..n kitorg pun continue borak2 pasal ni sampaila aku terpaksa stop sbb nk p tgk adam n aryan..


berbalik pada topik perkahwinan ni, terus terang, aku sendirik pun masa nak kawen dulu, x pernah terpikir, aku selalu ckp nntla, x sedia la, x pandai masak la(yg ni smpai skang pun), x itula, x inila, byk sgt alasan yg aku bagi pada diri aku.. aku target nak kawen umur 27 thn iaitu umur aku skang ni , tp rupa2nya skang ni aku dah ada adam n aryan..n aku bersyukur sgt aku x ikutkan rasa ketidakpercayaan pada diri aku dulu..dan aku juga bersyukur walaupun aku x cukup tido, kesabaran aku selalu tercabar especially time air tumpah, suar kena berak, kena basuh toto sbb kena kencing anak2, x bleh nak mkn dgn tenang bila p mkn memana2, x bleh nak kuar tgk wayang, n mcm2 benda lagila yg aku dah x berapa bleh nak buat sbb ada anak kecik ni TAPI aku bleh main2 ngan derg, bleh buat lawak bodoh, boleh wat memek muka hodoh2 tanpa rasa bersalah sbb derg dua org still gelak2 (ntah2 derg ckp apa buruk benar mak aku ni, hehe) bleh main kejar2 kat umah, main cak2, masak kek coklat utk adam n mcm2 benda lagila yg aku x pernah terfikir masa bujang dulu..


mmg betul perkahwinan ni bukanla indah semata, ada gak timbul masalah kadang2, tapi inilah kehidupan..dugaan2 ni la yg mematangkan hidup kita sbnrnya..antara kita ngan pasangan, sebenarnya masih byk yg kita belum tahu walaupun kita rasa kita dah tau everything pasal dia, cuma dlm perkahwinan ni, paling penting tolak ansur n sabar..belajar menerima pasangan seadanya..dan aku juga bersyukur walaupun wan jauh menyimpang (haha) dari list lelaki idaman aku, tapi bila dah kawin, yes I know dia adalah pilihan yg tepat yg aku dah buat.. walaupun dia x seromantik lelaki lain tapi dia seorg yg bertanggungjawab pada famili..sabar ngan leteran n bebelan aku...selalu buang sampah, basuh berak adam, bgn mlm wat susu adam (yg ni list yg ok jek, yg x ok pun byk, huhu)..maksud aku sblm kawin dulu aku mmg x yakin ngan dia, tapi rupanya, dia bleh je wat, cuma kita kena bagi peluang pada dia dan untuk kita jugak..

lagi satu kita kena sentiasa ingat bahawa ALLAH itu MAHA ADIL, kalau suami kita ada kelemahan di sini, pasti ada kelebihannya di satu sudut yg lain...kalau hidup kita x semewah keluarga org lain, duduk rumah besar2, keta menjulur harga beratus2 ribu, sekurang2nya kita kena bersyukur bahawa kita ada keluarga yg bahagia..


untuk kawan2 aku yg bujang n ada rasa belum bersedia nak kawin, buangla tanggapan korang tu sbb kalau kita nak tunggu kita benar2 bersedia, aku rasa sampai bila pun kita x kan bersedia..hidup ini penuh risiko, ambilla risiko tu n hadapi ngan matang..sbb bila kita dah kawin je, InsyaAllah, kita akan rasa lebih bertanggungjawab, at least there's someone will protect us..


untuk zashim, x salah kalau ko mulakan langkah pertama, kalau lelaki tu malu, xde salahnya kalau kita jadik x malu, sbb jodoh ni pada aku kena usaha jugak, kalau dah usaha tapi x jadi, barula kita bleh ckp mgkn dia bukan diciptakan utk kita..rezeki x dtg bergolek n mcm tula jugak soal jodoh ni..(mgkn satu lagi sbb faktor umur kita) bukanla maksud aku mcm ko terhegeh2 kat dia, tp mgkn ko bleh mulakan perbualan ngan dia atau apa2 la yg ko rasakan sesuai..lagi satu, hidup ni jgn pikirkan sgt apa yg org nak ckp pasal kita, sbb xde sapa yg akan tolong kita kalau kita ssh melainkan keluarga kita sendirik..


huishh pelik plak bila wat entry mcm ni, rasa matang sekejap, hehe, sekejap jeh..

nway, ni ada pic masa kawen dulu, nostalgia jap...hahak..

p/s: pengapit wan da kawen, pengapit aku bila lagi nih..hehe..

3 ulasan:

Pnut berkata...

pssttt sms akak no tipon awak..
igt nak wat cupcakes awak ahad ni

Mak Izz berkata...

hahak very d matang entry kali nih. cm x caya jeh. tp aku setuju pdpt ko tuh. kalo nk tunggu ready smpi bila2 pn x ready. tp ps kawen kenala btgjwb ye tak, jgn msh mls spt zmn bujang2 dulu. cannot ma..

eh sape pengapit ko aritu? x cam ah muka. bkn bdk sek kita ke?

puan serie syasha berkata...

bukan budak sekolah kita, budak sekolah lain..hehe..