Isnin, 7 Disember 2009

no more blog??? sure ke???

tu dia, disebabkan lama dah x update blog, adala sorg member ni tanya, blog ko tu dah expired ke? kalau dah expired, buang je la, semak jek..mmg kuang hajo betul statement dia..so aku pun ckpla, aku ingat mmg nak tamatkan dah blog aku ni..ha amekk ko, terkejut babun dia..(macamla tau camne babun terkejut, huhu) actually aku bkn pe, byk sgt story mory nyer, cuma cam malas la nak update..mgkn sbb fesbok dah ada note, so aku bercadang nak update note kat ctu jek..(padahal kat fesbok satu note pun tak tulis lagik..haha)

fy2i, aku skang ni dah selamat ditukarkan unit, dari dokumentasi ke lawatan..masa kat dokumentasi dulu aku ni mula n gan zero, n keluar ngan 2.5 jekk..haa nape sikit sgt yg ko dapat kat sana, mana taknya, baru 6 bulan dah kena tukar, x dpt nak belajar apa2 pun..kat lawatan ni dah sebulan dah..so far biasa2 je..(aku pun x mengharapkan sesuatu yg luar biasa pun...)

aaa ritu kan aku ada jawab kuiz kat blog k.pnut, n adiahnya adalah 25 bijik cupcake...actually aku dah dapat pun adiahnya, masa k.pnut anto tu dah mlm, dia pun bz nak deliver tmpt lain, so aku pun x la berckp ngan dia, sekadar terima kasih kak n dia pun gerak..sebelum tuh dia tanya nak design pe, aku request la katun n tulis hepi besday sya (kebetulan dekat ngan besday aku) kiranya mcm nak celebrate besday aku la kunun2...mmg chantek sgt cupcakenyer sampai sayang nak mkn...pastu bila dah mkn x ingat langsung ke designnya dah..haha..nnt pic cuppynyer aku upload later k...

ckp pasal besday aku, thn ni aku dpt 3 bijik cake (termasuk cuppies)..1 dari hubbybaby aku, mr.rajuwan...kunun2 wat seprise anto kat opis..i loikkkee...1 lagi dari kekwn kat JPM..walaupun sambutan "majlis harijadi tertunggak" katanya..(kes duit dah abis, gaji plak lambat...sedey tsk..tsk..) tp xpe, yg penting korg IKHLASS kan..haha...pic pun akan diupload later..(cheh macamla korang nak tgk sgt..lol...)

memandangkan sumer pic nak diupload later, so aku rasa later je la aku sambung update entry aku ni...eh boleh ke mcm ni?? apa tak boleh plak..blog wa, wa punya suka la...haha..(sukati ko la gila)

so, till then la, daa...

Rabu, 25 November 2009

tiada entri baru...

seperti tajuk entri ini, "tiada entri baru", maka tiadalah entri baru...

kikiki

Jumaat, 23 Oktober 2009

1 Malaysia...

entry kali ini adalah entry bergambar..maknanya kurang teks atau fakta, yg ada hanyalah gambar2 beserta caption2 di gambar itu..hehe..xdela, sbnrnya entry ni nak citer pasal konsep 1 Malaysia yg PM kita duk bawak skang ni..so, apa2 je majlis, mesti akan ditekankan konsep 1 Malaysia ni..emm pendapat aku?? aku rasa okla konsep 1 Malaysia ni, senang nak ingat pun, lgpun konsep ni dari dulu lagi dah ada, sbb 1 Malaysia la, negara kita ni dah bertambah2 kaum2 nya mcm kaum indon, kaum nepal, kaum mynmar, kaum afrika, kaum bangla (hehehe)

eh ok la, lupa plak ni entry bergambar, so x leh citer byk2, kena tgk gambar je..


mcm ni la konsep 1 Malaysia, bagus tau konsep ni...kata adam..
oh ok, amik gambar saya dekat sikit..kata adam lagi..


wak lu, 1 Malaysia beb!!!!!! bagus bangat!!!!



apa derg kecoh2 ni??

aaa nak tau gak...


oh sbb sibuk nak tau, kena pakai topi ni...*pasrah*


tu je entry bergambar kali ni..babai..

Rabu, 21 Oktober 2009

jodoh dan perkahwinan..sesuatu yg kita harus syukuri..


semalam, aku ym ngan member lama aku masa kat uitm dulu, nama dia zashim (bukan nama sebenar) byk yg kitorg borakkan sampaila tetiba dia ckp ngan aku, ko pecaya tak seri kalau aku kata aku ni ada rasa nak kawen?? emm sejujurnya aku mmg terkejut, sbb sepanjang aku kenal dia, x pernah dia ckp mcm ni..lgpun zashim ni ala2 cam ganas perwatakannya, bukan ganasla, mgkn mcm tomboy, bukan tomboyla, aduh ssh gak ek nak describe dia ni, tp orgnya bukanla suka pkai dress atau baju ala2 gigirl (walaupun aku tau hati dia ni sbnrnya jauh lebih lembut dari aku)..so dia pun citerla yg dia dah ada rasa teringin nak berkeluarga, nak peknen, mcm org2 lain ni..yela be4 this kalau citer pasal ni je, mesti dia ala acuh x acuh je..aku ckp bagusla, mgkn ko dah sampai seru..n kitorg pun continue borak2 pasal ni sampaila aku terpaksa stop sbb nk p tgk adam n aryan..


berbalik pada topik perkahwinan ni, terus terang, aku sendirik pun masa nak kawen dulu, x pernah terpikir, aku selalu ckp nntla, x sedia la, x pandai masak la(yg ni smpai skang pun), x itula, x inila, byk sgt alasan yg aku bagi pada diri aku.. aku target nak kawen umur 27 thn iaitu umur aku skang ni , tp rupa2nya skang ni aku dah ada adam n aryan..n aku bersyukur sgt aku x ikutkan rasa ketidakpercayaan pada diri aku dulu..dan aku juga bersyukur walaupun aku x cukup tido, kesabaran aku selalu tercabar especially time air tumpah, suar kena berak, kena basuh toto sbb kena kencing anak2, x bleh nak mkn dgn tenang bila p mkn memana2, x bleh nak kuar tgk wayang, n mcm2 benda lagila yg aku dah x berapa bleh nak buat sbb ada anak kecik ni TAPI aku bleh main2 ngan derg, bleh buat lawak bodoh, boleh wat memek muka hodoh2 tanpa rasa bersalah sbb derg dua org still gelak2 (ntah2 derg ckp apa buruk benar mak aku ni, hehe) bleh main kejar2 kat umah, main cak2, masak kek coklat utk adam n mcm2 benda lagila yg aku x pernah terfikir masa bujang dulu..


mmg betul perkahwinan ni bukanla indah semata, ada gak timbul masalah kadang2, tapi inilah kehidupan..dugaan2 ni la yg mematangkan hidup kita sbnrnya..antara kita ngan pasangan, sebenarnya masih byk yg kita belum tahu walaupun kita rasa kita dah tau everything pasal dia, cuma dlm perkahwinan ni, paling penting tolak ansur n sabar..belajar menerima pasangan seadanya..dan aku juga bersyukur walaupun wan jauh menyimpang (haha) dari list lelaki idaman aku, tapi bila dah kawin, yes I know dia adalah pilihan yg tepat yg aku dah buat.. walaupun dia x seromantik lelaki lain tapi dia seorg yg bertanggungjawab pada famili..sabar ngan leteran n bebelan aku...selalu buang sampah, basuh berak adam, bgn mlm wat susu adam (yg ni list yg ok jek, yg x ok pun byk, huhu)..maksud aku sblm kawin dulu aku mmg x yakin ngan dia, tapi rupanya, dia bleh je wat, cuma kita kena bagi peluang pada dia dan untuk kita jugak..

lagi satu kita kena sentiasa ingat bahawa ALLAH itu MAHA ADIL, kalau suami kita ada kelemahan di sini, pasti ada kelebihannya di satu sudut yg lain...kalau hidup kita x semewah keluarga org lain, duduk rumah besar2, keta menjulur harga beratus2 ribu, sekurang2nya kita kena bersyukur bahawa kita ada keluarga yg bahagia..


untuk kawan2 aku yg bujang n ada rasa belum bersedia nak kawin, buangla tanggapan korang tu sbb kalau kita nak tunggu kita benar2 bersedia, aku rasa sampai bila pun kita x kan bersedia..hidup ini penuh risiko, ambilla risiko tu n hadapi ngan matang..sbb bila kita dah kawin je, InsyaAllah, kita akan rasa lebih bertanggungjawab, at least there's someone will protect us..


untuk zashim, x salah kalau ko mulakan langkah pertama, kalau lelaki tu malu, xde salahnya kalau kita jadik x malu, sbb jodoh ni pada aku kena usaha jugak, kalau dah usaha tapi x jadi, barula kita bleh ckp mgkn dia bukan diciptakan utk kita..rezeki x dtg bergolek n mcm tula jugak soal jodoh ni..(mgkn satu lagi sbb faktor umur kita) bukanla maksud aku mcm ko terhegeh2 kat dia, tp mgkn ko bleh mulakan perbualan ngan dia atau apa2 la yg ko rasakan sesuai..lagi satu, hidup ni jgn pikirkan sgt apa yg org nak ckp pasal kita, sbb xde sapa yg akan tolong kita kalau kita ssh melainkan keluarga kita sendirik..


huishh pelik plak bila wat entry mcm ni, rasa matang sekejap, hehe, sekejap jeh..

nway, ni ada pic masa kawen dulu, nostalgia jap...hahak..

p/s: pengapit wan da kawen, pengapit aku bila lagi nih..hehe..

Selasa, 20 Oktober 2009

sedikit renungan untuk kita-berbaktilah kepada ibu bapa k..

PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.

Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wallahualam

*sebagai peringatan kepada aku dan sumer

*sumber artikel dari isuhangat.blogspot

Isnin, 19 Oktober 2009

pe yg ada dlm handbag anda skang..

sbnrnya entry ni dibuat sbb aku rasa handbag aku da makin berat, so nk kena kemas balik tapi sblm kemas tu jom tgk pe la yg ada dlm handbag aku ni..

  1. purse (semestinyala kan..tapi x leh tutup, sbb duit syiling over penuh)
  2. beg mekap (wat sendirik tau beg ni, jahit kat umah mek lin, tapi mek lin yg jahit byk..hehe)
  3. henpon
  4. kunci umah + kunci keter
  5. borang masuk n kuar wit tabung haji
  6. borg pos laju (byk helai plak tuh, semak betul)
  7. bil astro yg dah bayar
  8. buku nota kecik (merangkap buku 555)
  9. duit raya (kot2 terserempak anak kekawan, senang terus bg wit raya)
  10. pen biru n pen merah
  11. minyak cak kapak
  12. perfume
  13. surat beranak aku (semlm nak potostat)
  14. skru??
  15. bateri AA?? (mana dtg la sumer benda ni)
  16. resit2 lama
  17. kertas pedap minyak kat muka
  18. kerongsang (spare kot2 tercabut tudung tgh jln)
  19. hansaplast satu kotak
  20. pen drive (ada 3 termasuk wan punya)
  21. name card aku utk SIY (wat sendirik je)

tu dia, punya la byk barang, padanla bersepah2, naik senget bahu aku ni...mesti nak kena kemas skang jugak, try nak reduce smpai tgl 10 barang, tapi bleh ke ek??

Selasa, 13 Oktober 2009

hari raya yang dah basi n PTK..


emm ok, ari ni aku nak try update lagik, bukan pe, dari lepas raya sampai la semalam, aku nak update citer raya n pic raya, 'hang' je..kesannya bila 'hang', aku x jadik update..so ramai le (x la ramai sgt sbnrnya, hehe) yang tanya nape aku lama x update blog..oh, adakah korg sumer merindui aku?? sungguh terharu okay..
tapi camner pun, aku rasa citer raya dah agak basi (emm kalau rendang dah kuar ulat, yekkk)
so, aku update pic je la sikit2...(sambil berdoa, jgnla 'hang' lagi, plis plis plis)


kalau korg bleh tgk pic ni maknanya tenet aku sgt baik moodnya hari ni..

pic aku sefamily..

upload lagik..

ni pic aku n adam..

ni plak pic aku n aryan..


okeh, satu malaysia...eh tak satu family..mak aku n mak mak aku pun ada dlm pic ni..

okeh cukup2..

ri ni aku nak citer pasal periksa PTK yang aku amik semalam..emm aku rasa soalannya sangatla senang cuma jawapannya yang susah..hehe..sbnrnya utk org yg membuat persediaan yg rapi dari segi fizikal dan mental T_T aku rasa mesti bleh jawab PTK tu sambil menutup mata (kalau tutup mata mcm mana nak lorekkan jawapan, okeh aku tipu) maksud aku sambil lalu je, baca soklan n terus jawab tanpa perlu berkompromi mcm aku semlm (cth: err yg ni A ke D ek jawapan dia, rasanya masa tgk buku mcm D yg betul tapi mgkn gak jawapan dia A..konpius sama ada A atau D yng betul walaupun jwpn sebenar adalah C okay) sbb soklan semlm tu aku rasa agak direct n senang berbanding soklan yg aku try review (konon2 dptla absorb dalam masa 30 minit sebelum peksa, tu pun pinjam buku makizz)

pepun, aku still mengharap yang aku lulus PTK tuh, dapat 3 pun okla, nak kata dpt 4 aku mmg x yakin sbb aku jawab ntah apa2, melainkan pemeriksa tuh baru dapat durian runtuh sbb masuk bisnes MLM, ataupun dia baru dapat anak kembar 5 ataupun dia baru kawin baru ataupun ataupun apa2 jela yg membolehkan peratus nak dapat 4 tu turun, n dia baik hati nak kongsi kegembiraan ngan aku so memasukkan nama aku dlam senarai yg dapat result 4 tuh..kalau ni terjadi, maka aku akan dptla anjakan gaji which akan memberi aku duit lebih sikit..hooray...tapi (sedih balik) mmg x mungkin la kan..huhu..xpela, nnt kalau x okay, aku bersedia nak isi borang utk apply balik peksa PTK tuh (oh, ingatkan bersedia utk study, hoho, sila la berubah puan seri)..

nway, pas peksa semlm mmg best la sbb dapat jumpa makizz yang dah lama x jumpa n bleh p mines tanpa rasa bersalah walaupun pergi dalam waktu keje..sambil layan papadom, emm nyum nyum sedap sgt...

tapi malam tadi aryan ngamuk, nangis2 dari kul 2 lebih smpi 4 pagi..ngantuk sgt ni aku rasa..

tu je la citer aku..bye..